Blog ini dipaparkan untuk memaparkan gambar hasil kerja visual saya dalam bidang fotografi dan kehidupan Saya. Saya berharap dapat berkongsi cerita dan kisah dengan anda semua
Monday, 22 August 2011
Kebesaran Allah
Gambar ini saya rakamkan ketika di kampung saya, kampung Pak Roman. Spider jumper ini berwarna hijau, matanya boleh berubah kepada tiga warna, hitam, hijau dan coklat. Spider ini amat jinak, saya rakamkan dengan kamera eos 7D, shutter speed 1/100 f/10 iso 100 dan menggunakan difuser mangkuk laksa.
Saya terkaku melihat kesayangan serangga ini kepada telur-telurnya... 1/100 f11 iso 125
Spider ini lain sikit dari spider di atas tetapi dari golongan yang sama, yang ini terlalu nakal sikit, culas dalam bahasa kelantan., hehehehhehe,. saya suka tengok dia memandang lens 60mm macro saya. 1/100 f10 iso 100
Sunday, 21 August 2011
Cerita saya
Ini adalah gambar yang pertama saya tekan shutter kamera DSLR saya pada 2009, kamera pertama DSLR saya Eos 60D dan lens kit 18-55mm is, gambar ini di tembak dengan format raw, jadi gambar ini sedikit di edit...saya suka gambar ni kerana ia ada cerita dan perspektif.
Hasil karya saya yang pertama untuk lens maro, abang Robby s/s 1/100 f/11 iso 125, canon 60D- macro lens 60mm f2.8
Subscribe to:
Posts (Atom)