Inilah aku di sebalik tabir.....
Blog ini dipaparkan untuk memaparkan gambar hasil kerja visual saya dalam bidang fotografi dan kehidupan Saya. Saya berharap dapat berkongsi cerita dan kisah dengan anda semua
Saturday, 25 February 2012
Raja Muda
Raja Muda ini, sememangnya dah menjadi model aku sepenuh masa, minta maaflah kawan-kawan gambar ini tidak sharp sangat, gambar ini di ambil secara gitu-gitu sahaja, maklumlah budak2 sukar untuk kita nak suruh dia posing, jadi snap sahaja....
Friday, 24 February 2012
Atuk
Eos 7D | ef-70-200mm f/2.8 L usm
Selama tiga bulan tidak aku bersua muka dengan atuk aku, atuk aku adalah seorang yang sangat baik, pendiam dan tidak pernah menghiraukan apa yang orang cakap. Seorang yang sangat-sangat rajin sehinggakan merisaukan hati nenek aku. Hamzah bin Salleh nama atuk aku, ayah kepada ma(ibu) aku. Waktu aku rakamkan gambar ini ialah sehari sebelum hari raya puasa 2011. Aku amat merindui atuk.....
Saturday, 4 February 2012
Amsha yang comel
Assalamualaikum, rasanya dah lama aku tidak uplode gambar, sibuk sangat2 kebelakangan ini. Inilah Amsha, baru 11 bulan, tapi dah boleh berjalan, berlari-lari lagi dia, kanak-kanak yang yang cergas dan cerdas.
Subscribe to:
Posts (Atom)