Wednesday 28 September 2011

Assalamualaikum

Sudah lama rasanya saya tidak menerbitkan kata-kata atau pun gambar. Kebelakangan ini hisam tidak sihat, saya demam. Apa pun untuk entry kali ini saya ingin memaparkan beberapa kepingan gambar. Apakah anda semua sihat. Walaupun saya lelaki yang boleh dikatakan sangat garang-garang sayang tetapi ada secebis dalam diri ini sangat mencintai keindahan alam semulajadi. Saya amat tidak menyokong dengan pengondolan hutan, bukit bukau. Saya suka kepada 'green' bak kata orang putih. Hijau, saya suka hijau kerana ia amat melembutkan mata kasarku. Putih, saya amat gemar memakai baju yang berwarna putih, melambangkan kesucian dan kebersihan. Hati yang putih bersih sukar dicari untuk zaman moden ini,   kalau zaman 30an,40an,50an,60an mungkin untuk mencari yang bersih senang kerana mereka ini tidak terdedah dengan teknologi yang canggih macam sekarang, macam-macam ada. Kita berbalik kepada keindahan alam, dahulu kalanya udara begitu bersih dan nyaman, sekarang ni udara kita tercemar, jadi kita harus berusaha untuk menyekat dari pengondolan hutan hijau. Indah, nyaman, atau tidak anda semua melihat gambar di bawah ini














Tuesday 20 September 2011

Kau Abang dan aku Adik




Semenjak aku reti bermain dengan dslr ini, aku lebih suka mengambil gambar terutama ahli keluarga aku sendiri, kawan-kawan dan pelajar aku sendiri, untuk entry kali ini aku memaparkan hambar sepupuku sebelah ibuku, Afiq dan thaqif. Ketika gambar ini di rakam kedua-duanya tidak sihat kerana mereka berdua sedang sakit mata. Yang menghairankan aku, dua beradik ini mengalami sakit mata sebelah mata yang sama. Walaupun sakit tapi mereka tetap ceria, cayalah sepupuku. 

Eos 7D + ef 70-200 f/2.8 L usm

Saturday 17 September 2011

Robberfly




















Terdapat lebih 7,000 spesis perompak terbang di seluruh dunia, hampir 1,000 di Amerika Utara. Semua lalat perompak telah tegap, kaki berduri, bermisai tebal bulu di muka (mystax), dan 3 mata mudah (ocelli) dalam kemurungan ciri antara dua mata kompaun besar mereka.Mystax membantu melindungi kepala dan muka apabila pertemuan lalat mangsa cenderung untuk pertahanan. Antena pendek, 3-segmen, kadang-kadang dengan struktur seperti bulu yang dipanggil 1 Arista.

Pendek, belalai yang kuat adalah digunakan untuk menikam dan menyuntik mangsa dengan air liur yang mengandungi enzim neurotoksik dan proteolitik yang melumpuhkan dan mencerna bahagian dalam; lalat itu kemudian menghisap makan cecair sama seperti kita vakum soda ais krim melalui straw. Kebanyakan spesies mempunyai panjang, tirus abdomens, kadang-kadang dengan ovipositor pedang seperti. Lain-lain meniru lebah keliru lemak berbadan; kesan agak meyakinkan. Melihat lebih dekat di mana-mana serangga yang kelihatan seperti lebah keliru jika ia duduk di atas sehelai daun - kemungkinan besar, lalat perompak. (Lebah keliru sebagai satu peraturan tidak duduk di satu tempat untuk lebih daripada beberapa saat).

Wednesday 14 September 2011

Model Penyengat






Gambar ini di rakam pada waktu petang iaitu pada jam 6. 10 minit, di Kinabatangan, Sabah. Lokasinya Taman hutan belakang rumah sewaku

Eos 7D + 60mm f/2.8 macro lens

Hidupku bersama debunga


Gambar ini di ambil pada jam 08.00 pagi, bertempat di taman hutan belakang rumah sewaku di kinabatangan, rasa nyaman di waktu pagi itu masih segar dalam ingatan aku, embun pada rerumput menyejukkan pemandangan kornea aku, waktu ini rasa hendak bermacro terlintas dalam hatiku untuk menyaksikan kekuasaan Allah. Tanpa berfikir panjang, aku menukarkan lens pendek ku, 60mm f/2.8 dengan badan senapang eosku 7D untuk menenmbak serangga ini. Lebah ini sedang mengutip debunga(madu) keduduk.

Eos 7D, 1/100 f/10 iso 160

Tuesday 13 September 2011

ceritaku dengan Raja Amsya






Untuk siri kali ini, aku telah setting siap-siap kamera aku dengan pendail Manual, aku telah menjadi model bersama raja Amsya. Ayahnya Raja Hashim atau dengan pangilan bahasa kelate rajo, menjadi photographer,..terima kasih kepada YM Raja.....

Riang Kanak2


Eos 7D with ef 50mm f/1.4 usm


Eos 7D with ef 50mm f/1.4 usm



Eos 7D with ef 70-200mm f/2.8L usm

Dua gambar di atas saya rakamkan ketika berkunjung ke rumah pakcik saya di saujana utama 3, saya suka melihat gelagatnya ketika berlari, untuk gambar bawah sekali ketika di kampung saya di Kg Pak Roman, saya menggunakan dua lens yang berbeza. Saya suka melihat sepupu saya ni bermain-main...masih banyak yang perlu saya belajar dalam bidang ini, saya masih baru dalam bidang ini....

Friday 9 September 2011

Bulan pada waktu petang


Gambar ini saya rakam pada 6/11/2011 jam 4.45pm di sekitar rumah sewa saya di Kinabatangan, sabah.  Dirakam dengan kamera Eos 7D dan lens Ef 70-200 f/2.8 L usm. 1/160 f/16 iso 200

Thursday 8 September 2011

Diari seorang guru


My name Ustaz Tarmizi



Ustaz Adli


My name is Sir Hood


Sir Azli

Aku dan payung


Beginilah budak bandar bila jumpa payung agaknyalah......

Kisah sepupuku dua beradik Aiman dan Shakirin


Ini anak Pakcik Yie saya, Dari kecil hingga sekarang ini saya melihat dia membesar, seorang budak yang aktif, saya minta maaf gambar agak tidak sharp, kerana masa di rakamkan dia tengah berlari, cuma saya suka lihat gambar ini kerana framing dia.....


Ini pula abang dia, Aiman, juga agak aktif,  gambar ini di rakam ketika hari raya 2011, semua gambar ini dirakam dengan menggunakan Eos 7D dan lens ef 70-200mm f/2.8 L usm 

karya macro saya
















Matahari terbenam Di Bukit Garam





Gambar matahari terbenam ini saya rakamkan diatas bukit berhampiran rumah saya dengan menggunakan kamera lama iaitu 60D saya dan menggunakan lens yang bukan untuk dicipta untuk mengambil gambar landskap tapi gambar potret iaitu lens ef 50mm f/1.4 usm saya. Waktu ini saya terpaksa jugak menggunakan lens ini sebab kit lens saya ef-s 18-55mm saya dah jual. Dalam hati saya, saya nak rakam jugak gambar ini kerana waktu ini amat cantik.

Eos 60D, lens ef 50mm f/1.4

Wednesday 7 September 2011

Keindahan macro menandakan kebesaran Allah


Eos 7D, Lens ef-s 60mm f/2.8. 1/100 f/11 iso 125



Eos 7D, Lens ef-s 60mm f/2.8. 1/100 f/10 iso 125

Water drop ini saya ambil di belakang rumah sewa saya di Kinabatangan, Sabah. Kedua-dua gambar ini saya rakamkan ketika awal pagi iaitu dalam sekitar jam 7.00 pagi dengan menggunakan Eos 7D dan lens macro ef-s 60mm f/2.8 usm. Semua gambar yang dipaparkan tidak diedit, tapi dicrop dan di letak water mark